Archive for the '-=kayu=-' Category

12
Aug
09

ironiknya hidup aku bila ditinggalkan cik messy….

hidup aku jadi caca merba

17
Jul
09

i miss u guys..

rindu korang..
korang rindu aku tak??

19
Jun
09

Aku update blog ni sebab aku dah janji ngn cik messy

ok puas hati tak?

aku tengah mogok sedih ni…

dah jangan kacau….

18
Jun
09

ironik

nape aku rasa aku tak reti menulis ek? gile srabut dan tak menarik ayat-ayat aku..huh! aku bace entry sendiri pun aku rase bosan. adoila. syok sendiri betol. 🙂

ah lantakkan! jom chekidout gambar-gambar yang aku snap dalam minggu ni.

P6130103

kakak aku baru bertunang 13 hb Jun 2009 bersamaan hari Sabtu lepas. die memang cute. lepas makeup bertambah cute. majlis bertunang die agak grand sebab tunang die banyak duit weh. aku jeles. gambar atas ni die berlakon buat muka masam. comey jugak kan? die kurus. aku jeles. hari bertunang hujan boleh turun dengan sungguh lebat. salah timing lak ujan ni. datang time pihak lelaki betul betul baru sampai. bukan hujan biase malah ribut. sampai kawan ayah terpaksa azan. Alhamdullilah, hujan kembali reda pas tu. majlis diteruskan. nikuze lambat sampai. orang dah berkemas baru sampai. ceh. tapi takpe, die dah tolong aku menghias hantaran berupa buah malam sabtu tersebut hingga jam 10 malam. ok, aku maafkan.

DSC03375

cuba perati betul betul. ade perkataan ‘D’ dalam gambar di atas. sila teka ape maksud ‘D’ tersebut. jangan malu. tiada unsur lucah. ececeh. gambar ni aku lukis. memang tak comel aku tau.  sebab aku memang tak reti lukis. lukis orang lidi pun tak penah jadik. selalu je tang seluar orang lidi aku tak reti lukis. cit! ala, lagipun orang sebenar takdela comey mane. kire okey lah aku lukis tu.

DSC03376

gile-minah-kilang-mane-ni? serius tak comel nikuze lukis. aku marah betul. sebab orang sebenar comel. memang tiada bakat lansung. ahaha. parut?? oi, mana tau ada parut? aku da sapu vitamin E hari hari la oi. satu lagi aku tak pueh ati apahal ada spanar bagai? baju da la macam toll-gate-girl nye baju. serius ah tak comel. sehari lepastu ada orang padam. mungkin dia tak setuju nikuze ‘D’ . lahaii.. kecohhh!

DSC03382

‘INA DAH 24 TAHUN YAY!’ bile lak? aku masih sweet 17 okay…  sengaja je nak kelirukan semua orang. aku tau ni idea nikuze. halamak. lenkali kire pakai calculator la wei. aku lahir 1985 beb. tak ke 17 tahun baru?? ok aku maafkan lagi. sebab die da organize untuk lancarkan suprise party untuk aku. hari jadi da basi lame dah. arrange pas kitorang men futsal lak tu. pehh.. bau. memang bijak eh. kalau aku tau korang nak buat pada 16 hb Jun 2009 itu, confirm aku men futsal pakai t-shirt ‘PROUD TO BE GORGEOUS’! ???

DSC03385

itu tangan angkel tak sabar nak makan. padahal orang lain belum lagi bace doa sume. gile tak sabar. hehe..gambar muka berpeluh-peluh tidak dapat disertakan sebab henfon canggih sangat. malas nak jeleskan nikuze. sian die. angkel cakap henfon die kalau upload picture dari henfon ke pc, besar thumbnail je kot. comel kan? nak transfer lagu kena gune infrared je. muat ke oi masuk lagu? ahaha. jadi tunggu gambar dari kamera canggih Faiz. nanti dah ada aku upload.

DSC03381

sebenarnye gambar ni patut duduk kat no 3 dari atas. aku dah malas nak ejas. ni gambar keta nikuze pecah cermin belakang. taktau apasal. mamat cina kat suzuki swift kata orang tu nak curi payung dia. ahaha. penuh sense-of-humor betul mamat tu. nikuze kate ni hari malang die. aku lak kata ‘itu semua karma beb’..ahaha. da la dia baru lepas kutuk keta kawan dia sebab baru keluar keta seminggu sudah hentam itu vios. (betul ke vios oi, lupe dah). sekarang keta kawan die dalam bengkel. die gelak sakan. sekali dia kena kuar RM400 untuk memasang cermin belakang baru. sian kan. karma beb, karma..

Picture 036

aik, menarik ke gambar ni aku upload apahal? ok, aku sengaja sebab nak bitau aku pakai t-shirt ada gambar kucing selamba gi kerja. amacam? ok, jangan tiru. aku takpa sebab sok last day aku kat tempat kerja ni. sok aku pakai skinny jeans. watchout! ahaha..

p/s: adik aku kena chickenpox. kami sekeluarga quarantine die di rumah sebelah supaya tak berjangkit. die hanya dibenarkan tengok tv channel rtm dan tv3 sahaja. kami kejam!

p/s/s: ada komen masuk. tapi aku tak boleh approve sebab aku bukan admin. jadi marah nikuze k.

16
Jun
09

oh-so-lelaki

ok lelaki.. ini ada beberapa tips untuk mengelakkan anda menjadi seorang yang sangat meluat di mata hati saya. oh, kalau bukan pada mata saya pun, mungkin pada mata perempuan-perempuan lain. sila titik beratkan tips ini ya.. untuk masa depan anda juga..

1. tolong berbau wangi. please. sangat penting sampai aku jadikan ia point pertama untuk tips ini. walaupun muka anda mungkin tak sehensem Jack Sparrow, tapi kalau berbau wangi, muka anda secara otomatik telah berubah menjadi seorang Jack Sparrow yang sangat indah. (wah, indah!). aku memang pelik dengan spesis ni. badan berbau pun tak sedar ke? takkan tak perasan. aku pening ok. tak nampak muka aku duk buat muke tahan napas ke? memang *kayu betul. (* pinjam ayat nikuze) ok, Alhamdulillah Mr.X sentiasa berbau wangi. siapa yang terasa, sila beli dan pakai perfume wangi ook. Dashing pun ok ape?

2. tolong jangat tanya soalan yang sama berulang-ulang kali boleh? dengan harapan aku rase ko comel ke? duh.. peleaseee..

3. telinga mesti bersih dari segala kekotoran. aku teliti ok. oh, kuku juga mesti bersih.

4. ok, tips keempat aku belum cipta. pasal sebenarnye aku lebih pentingkan tips no. 1. sekian..

p/s: nikuze kata nak update blog lepas aku update. gile tipu! pilih bulu! lebih pentingkan blog ‘Kelip-Kelip Cinta’! Menci! hahahaha..




anda bertuah tersesat ke sini

  • 15,858 manusia
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

rama ore baca entry neh

  • None